27 Oktober 2019, Ahad, Bandar Seri Begawan – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah menjuarai Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya bagi tahun 2019 setelah menewaskan Perkhidmatan Air di Perlawanan Akhir Kejohanan tersebut. Kejohanan Badminton pada tahun ini dianjurkan oleh Jabatan Ukur dan telah diadakan pada 14 Oktober 2019 sehingga 27 Oktober 2019 di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.