Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JABATAN UKUR JUARAI KKC


KKC BIG IMAGE.jpg

Sesi bergambar ramai para pemenang Konvensyen KKC berserta dengan Pmk Juruukur Agung dan para pegawai serta kakitangan Jabatan Ukur yang hadir di Majlis Konvensyen KKC Peringkat Kebangsaan ke-19​.


BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Nov - Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah berjaya meraih 2 Anugerah Dan 3 Piala di Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) pada tahun ini.

Muncul sebagai Juara Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Peringkat Kebangsaan ke-19 adalah Kumpulan LAKAS, dari Jabatan Ukur, yang membawakan projek bertajuk 'Pengurusan Minyak Kenderaan Laut Kurang Berkesan'. Manakala tempat kedua dan ketiga, juga dari Jabatan Ukur,  telah disandang oleh Kumpulan PGS1516 dengan projek bertajuk 'Kelambatan Pembuatan Peta di Bahagian Geospatial' dan Kumpulan TOCAD yang membawakan tajuk projek 'Pelan Akui Yang Tidak Mengikuti Spesifikasi'.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan di Majlis Penutup Konvensyen KKC Peringkat Kebangsaan ke-19, yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Khas Jabatan Aktif KKC kepada Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan diikuti dengan Anugerah Fasilitator Terbaik kepada Hajah Rusinah binti Haji Awang Tengah. Manakala Anugerah Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Kumpulan TAHSIN dari Jabatan Audit, Jabatan Perdana Menteri.

Sebanyak 9 kumpulan dari 5 jabatan yang mewakili 4 Kementerian kerajaan telah membentangkan projek mereka di Majlis Konvensyen tersebut.

  kkclakas.jpgkkcpgs.jpgkkctocad.jpgkkcgdk.jpgkkctbt.jpgkkcfas.jpg

​​ Sumber: Facebook Survey Department & Media Permata 

Attachments