Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM KALI KE – 26, TAHUN 2019

d0c46c4f-92aa-488b-962a-8aa57b0f2a28.JPG

Bandar Seri Begawan, 12 November 2019 - Dua orang kakitangan Jabatan Ukur telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) dan Anugerah Kakitangan Berjasa dan Berbakti Perkhidmatan Awam (AKB2PA) sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke-26 Tahun 2019 di Pusat Persidangan Antarabangsa pada hari ini. 

09ba5db5-c9d2-4212-8ee8-e6398d23f8c7.JPG

 Awang Haji Mohammad bin Haji Junid, Juruteknik Ukur telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA). APCPA ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Perkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Kualiti dan penghasilan kerja pegawai dan kakitangan berkenaan seringkali melebihi daripada keperluan tugas dan tanggungjawab jawatan serta mempunyai keperibadian yang boleh dicontohi oleh pegawai dan kakitangan yang lain.

1ae1b27a-d82a-476d-b6a5-99a747867895.JPG

Awang Maruf bin Pawe, Juruteknik Rendah pula telah menerima Anugerah Kakitangan Berjasa dan Berbakti Perkhidmatan Awam (AKB2PA). Matlamat utama anugerah ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada kakitangan Perkhidmatan Awam dalam jawatan Bahagian V yang pernah memberikan jasa dan bakti sekaligus mempamerkan ketokohan dan kewibawaan dalam menjalankan satu-satu tugas. 

Tema Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke-26 pada tahun ini ialah  'Perkhidmatan Awam Berintegriti dan Berinovasi Pemangkin Pembangunan Negara'.

Attachments