Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS PEMBUKAAN BENGKEL RISK ASSESSMENT FOR HYDROGRAPHIC SURVEYS AND CHARTING MANAGEMENT FOR THE SAFETY NAVIGATION


Sesi Bergambar Ramai Pemangku Juruukur Agung, Ketua Eksekutif MPABD, para pegawai kanan Jabatan Ukur dan MPABD, pentaklimat bengkel dan para peserta bengkel. 


9 Disember 2019, Isnin, Bandar Seri Begawan – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) telah mengadakan Majlis Pembukaan Bengkel Risk Assessment For Hydrographic Surveys And Charting Management For The Safety Navigation yang bermula pada hari ini 9 Disember 2019 hingga 13 Disember 2019 di The Rizqun International Hotel, Bandar Seri Begawan.

 


Pemangku Juruukur Agung selaku Tetamu Kehormat Majlis Pembukaan Bengkel Risk Assessment for Hydrographic Surveys and Charting Management for the Safety Navigation memberikan kata alu-aluan. 


Hadir Selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Pemangku Juruukur Agung, Yang Mulia Awang Haji Arefin bin Haji Jaya.

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD), Yang Mulia Awang Haji Mohd Salihin bin Haji Aspar. 

Bengkel Risk Assessment for Hydrographic Surveys and Charting Management for the Safety Navigation merupakan salah satu daripada program pembangunan kapasiti dalam perancangan East Asia Hydrographic Commission (EAHC) sebagai suruhanjaya dirantau Asia Timur di bawah International Hydrographic Organisation (IHO). Negara Brunei Darussalam adalah negara ahli IHO yang ke-85 sejak tahun 2015 dan seterusnya diterima menjadi negara ahli EAHC pada tahun 2016. Sehingga kini negara merupakan salah sebuah daripada negara ahli yang aktif dalam organisasi berkenaan terutama dalam program pembangunan kapasiti bagi meningkatkan dan mengembangkan profession hidrografi dan kartografi marin.

Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penekanan dan mengukuhkan pengetahuan dan kesedaran tentang keselamatan navigasi. Seramai 18 peserta yang terdiri daripada 12 orang wakil negara ahli EAHC (8 daripadanya ditaja oleh IHO) iaitu Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Korea Selatan dan Republik Rakyat China dan 6 pegawai wakil dari Jabatan Ukur, MPABD dan Brunei Shell Petroleum (BSP). Manakala pentaklimat bengkel pula terdiri daripada ahli professional dari Republik Trinidad dan Tobago yang bergiat aktif dalam aktiviti IHO.

 


Acara Pelancaran Buku Panduan Air Pasang Surut Edisi tahun 2020 yang dirasmikan oleh Pemangku Juruukur Agung dan Ketua Eksekutif MPABD. 


Turut berlangsung di majlis berkenaan adalah pelancaran buku panduan air pasang surut edisi baru tahun 2020. Buku panduan edisi baru berkenaan merupakan hasil kerjasama tiga agensi iaitu Jabatan Ukur, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) dan Brunei Shell Petroleum (BSP). 

Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments