Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS PENUTUP BENGKEL RISK ASSESSMENT FOR HYDROGRAPHIC SURVEYS AND CHARTING MANAGEMENT FOR THE SAFETY NAVIGATION

11b892f1-a386-4407-a0a0-855c9c42f3ee.JPG

Sesi Bergambar Ramai bersama Tetamu Kehormat Majlis (Ketua Eksekutif PBMP), Pemangku Juruukur Agung, para pegawai kanan, ahli-ahli jawatankuasa, tenaga pengajar dan para peserta bengkel. 


13 Disember 2019, Jumaat, Bandar Seri Begawan –Bengkel Risk Assessment for Hydrographic Surveys and Charting Management for the Safety Navigation berakhir pada hari ini. Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Ukur dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP)  selama 5 hari berkenaan diadakan di The Rizqun International Hotel, Bandar Begawan yang bermula pada 9 Disember yang lalu.


7a0c539c-009e-4910-9a9c-9078485e00cd.JPG

Penyampaian sijil penghargaan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis kepada salah seorang daripada peserta bengkel

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis untuk menyempurnakan penyampaian sijil kepada pentaklimat dan peserta bengkel ialah Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP), Yang Mulia Awang Haji Mohd Salihin bin Haji Aspar.


c157fd20-e2f3-4bd4-9b48-6ca9727c7903.JPG

Penyampaian tanda penghargaan yang disempunakan oleh Pemangku Juruukur Agung kepada salah seorang daripada tenaga pengajar. 


Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Pemangku Juruukur Agung, Yang Mulia Awang Haji Arefin bin Haji Jaya bagi penyampaian tanda penghargaan kepada tenaga pengajar.

Bengkel Risk Assessment for Hydrographic Surveys and Charting Management for the Safety Navigation merupakan salah satu daripada program pembangunan kapasiti dalam perancangan East Asia Hydrographic Commission (EAHC) sebagai suruhanjaya di rantau Asia Timur di bawah International Hydrographic Organisation (IHO).

Bengkel ini memfokuskan kepada keselamatan navigasi dengan menggunakan kaedah penilaian risiko (risk assessment) dalam pengurusan perancangan pengukuran hidrografi bagi mengemaskini carta nautikal (nautical chart). Para peserta didedahkan dengan penggunaan aplikasi QGIS dalam mengenalpasti dan mengklasifikasi tempat yang berpotensi risiko kepada trafik maritim serta mengenalpasti dan mengutamakan penambahbaikkan pembuatan carta nautikal.


33ae20c5-c182-456b-83f2-75951ea21b42.JPG

Para Tenaga Pengajar dan peserta bengkel Risk Assessment for Hydrographic Surveys and Charting Management for the Safety Navigation


Seramai 18 peserta yang terdiri daripada 12 orang wakil negara ahli EAHC iaitu Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Korea Selatan dan Republik Rakyat China serta 6 pegawai wakil dari Jabatan Ukur, PBMP dan Brunei Shell Petroleum (BSP). Manakala dua tenaga pengajar pula terdiri daripada ahli professional dari Republik Trinidad dan Tobago.

Juga turut hadir ke majlis penutup ialah para pegawai kanan dari Jabatan Ukur dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP). 

Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments