Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA

POSTER GERHANA MATAHARI SEPARA 2019_2.jpg

Bandar Seri Begawan, 14 Disember 2019, Sabtu - Fenomena Gerhana Matahari Separa berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara Bumi dengan matahari sehingga bulan akan menutupi matahari sama ada sepenuhnya, separa, cincin atau anulus. 

Bahagian Geodetik, Jabatan Ukur akan membuat cerapan Gerhana Matahari Separa pada: 

Tarikh: 29 Rabiulakhir 1441H bersamaan dengan 26 Disember 2019

Tempat: Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan 

Jam: Bermula 12 Tengahari. 

Orang Ramai adalah dialu-alukan untuk hadir sama-sama menyaksikan fenomena ini. Kacamata khas dan alat teleskop akan disediakan bagi yang ingin menyaksikan fenomena ini.  

Attachments