Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA

Slide4.JPG

Bandar Seri Begawan, 25 Disember 2019 - Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan berlaku pada esok, 26 Disember 2019 bermula jam 12.04 tengahari selama 3 jam 38 minit. 

Slide3.JPG

Slide1.JPG 

Fenomena Gerhana Matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dengan matahari sehingga bulan akan menutupi matahari samaada sepenuhnya, separa, cincin atau anulus. 

Slide8.JPG

Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan akan membuat aktiviti cerapan gerhana matahari separa di beberapa lokasi seperti:

Daerah Brunei Muara: Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan 

Daerah Tutong: Tatangan Persiaran Sungai Tutong

Daerah Belait: Menara Cendera Kenangan, Kuala Belait

Jabatan Ukur juga mengingatkan kepada orang ramai yang ingin menyaksikan fenomena berkenaan hendaklah mengikuti langkah-langkah keselamatan seperti menggunakan peralatan yang mempunyai penapis matahari.

Slide9.JPG

Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments