Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS DOA KESYUKURAN KUMPULAN KERJA CEMERLANG KKC 2015/2016

KKC FRONT IMAGE.jpg

Sesi bergambar ramai Pmk Juruukur Agung, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Ukur dan ahli-ahli KKC 2015/2016

Bandar Seri Begawan, 19 Nov – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) 2015/2016 di Bilik Bertabur, Kementerian Pembangunan pada pagi ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut adalah Pmk Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim dan juga para pegawai kanan Jabatan Ukur serta ahli-ahli KKC tahun 2015/2016.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah AL-Fatihah yang dibaca oleh Ak Muhammad Nur Syafiq bin Pg Besar seterusnya ucapan penghargaan Pmk Juruukur Agung, Awg Haji Ali Bakar bin Haji Kasim.

Majlis diakhiri oleh bacaan doa selamat dan kesyukuran, dibaca oleh Ak Muhammad Nur Syafiq bin Pg Besar dan sesi bergambar ramai di foyer Kementerian Pembangunan.

Majlis kesyukuran tersebut berakhir kira-kira pada jam 9.30 pagi.

KKC2.jpgKKC1.jpgKKC3.jpgKKC4.jpgKKC5.jpgKKC6.jpgKKC7.jpgKKC8.jpg

Sumber: Facebook Jabatan Ukur

Attachments