Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JABATAN UKUR SERTAI MAKTAB DULI STUDYRAMA 2020

IMG_7074.jpg

Wakil dari Bahagian Geodetik memberi penerangan mengenai pencerapan matahari kepada para pelajar Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

Bandar Seri Begawan, Khamis, 23 Januari 2020 - Jabatan Ukur telah menyertai Maktab Duli Pengiran Muda Al-Mutadee Billah Studyrama: Pengajian Tinggi dan Karier Kerjaya di auditorium maktab berkenaan.

IMG_7060.jpg

Wakil dari Jabatan Ukur memberikan hadiah penghargaan kepada Tetamu Kehormat Studyrama 2020

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Acara Studyrama berkenaan ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan serta Ketua Bahagian Pengajian Tinggi, Yang Mulia Dayang Siti Zuliana binti Haji Abdul Samad.

Studyrama kali ini disertai oleh wakil-wakil dari Bahagian Geodetik, Pengukuran Kadaster, Pemetaan Geospatial dan dibantu oleh Geospatial Teknologi, Pengurusan dan Pemeliharaan Aset dan Pentadbiran dan Pengurusan Personel.

Seramai 32 agensi Kerajaan dan Swasta telah menyertai acara berkenaan seperti Kementerian Pembangunan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Meteorologi Brunei Darussalam, Autoriti Monetari Brunei Darussalam, Royal Brunei Airlines, QAF Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Universiti Teknologi Brunei dan institusi-institusi pengajian tinggi negara.

IMG_7068.jpgIMG_7072.jpg

Wakil Jabatan Ukur memberi penerangan kepada para pelajar Maktab Duli Pengiran Muda Al-Mutadee Billah

Acara tahunan ini adalah bertujuan mendedahkan para pelajar kepada peluang-peluang pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara, meningkatkan kesedaran pelajar mengenai laluan kerjaya yabg menghubungkan subjek dan bidang yang diminati dengan tumpuan khusus kepada industri kejuruteraan, perniagaan dan kewangan, kesihatan dan lain-lain serta memotivasi para pelajar dalam pengajian mereka melalui perancangan yang berkesan supaya mereka diberi panduan yang betul mengenai pilihan kursus mereka.


Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments