Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JABATAN UKUR SERTAI RIADAH BERBASIKAL SEMANGAT KEBANGSAAN

riadah1.jpg

​Sesi bergambar ramai bersama Yang Berhormat Menteri Pembangunan bersama para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur

Bandar Seri Begawan, 1 Mac 2020 - Bagi memeriahkan lagi acara Riadah Berbasikah Semangat Kebangsaan bersempena Hari Kebangsaan kali ke-36, Jabatan Ukur selaku wakil Kementerian Pembangunan telah menyertai acara berkenaan. 

Turut sama-sama menghadiri acara berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. Turut hadir adalah Yang Mulia Dato Seri Peduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan serta Setiausaha-Setiausaha,Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, ketua-ketua jabatan serta para pegawai dan kakitangan di Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan. 

 riadah2.jpg

Pengunjung yang mencuba permainan Find The Right Key

Sebanyak 2 acara permainan telah dianjurkan oleh Jabatan melalui Bahagian Maklumat Kadaster dan Pengukuran Kadaster iaitu 'Tendang Bola dan Meneka Jarak' dan 'Find The Right Key'. 

riadahmenteri.jpg

Yang Berhormat Menteri Pembangunan mencuba permainan Tendang Bola dan Meneka Jarak

Antara objektif Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020 bukan sahaja menggabungkan aspek gaya hidup sihat dan rekreasi, malah menyatupadukan negara melalui penghayatan budaya sukan dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh yang menjurus pada pewujudan warga sihat, di mana adalah penting ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.


Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments