Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

BENGKEL GIS SEMPENA HARI GIS SEDUNIA 2016

DSC_9486.JPG

Sesi bergambar bersama para pegawai dari Jabatan Ukur, wakil dari peserta bengkel dan wakil dari Syarikat IT IS Wescot Technology Sdn Bhd dan Syarikat ESRI, Singapura.

Bandar Seri Begawan, 29 Nov – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam telah menyambut Hari GIS Sedunia 2016 dengan sekali lagi menganjurkan ‘Bengkel GIS (Sistem Maklumat Geografi)’ pada 29 November 2016, Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.  Bengkel GIS ini adalah anjuran Jabatan Ukur dengan kerjasama Syarikat IT IS Wescot Technology Sdn Bhd dan Syarikat ESRI, Singapura.

DSC_9563.JPG

Pg Hjh Hasnaliati binti PSJ Pg Hj Abd Momin, Pemangku Penolong Juruukur Agung memberikan kata-kata aluan.

Hari GIS disambut setiap tahun di seluruh dunia dengan mengadakan pelbagai aktiviti. Ianya adalah satu peluang bagi pengguna GIS untuk berkongsi, bekerjasama dan menunjukkan pelbagai kegunaan GIS kepada bukan pengguna GIS. 

GIS adalah satu sistem untuk mereka, menyimpan, mengurus dan mempamerkan maklumat geografi. Penggunaan GIS tidak terhad kepada penghasilan peta sahaja, malah ianya boleh digunakan untuk menganalisis dan memanipulasi data yang ada untuk membayangkan secara kasar senario complex untuk perancangan, misi menyelamat, pembangunan infrastruktur dan membuat keputusan.

DSC_9386.JPGDSC_9439.JPG

Suasana ketika bengkel diadakan

Pada Bengkel GIS pada tahun ini, para peserta diberikan peluang untuk meneroka dan mengetahui kegunaan GIS melalui teknologi terkini iaitu platform pemetaan ‘cloud-based’ yang boleh didapati secara ‘online’. Bengkel GIS dibahagikan kepada tiga sesi dan setiap sesi terdiri daripada lebih kurang 24 peserta.  Peserta telah dibimbing oleh tenaga pengajar dari Syarikat ESRI dan dibantu oleh kakitangan Jabatan Ukur untuk menghasilkan ‘story map’ secara ‘hands-on’ menggunakan perisian ArcGIS Online. Lebih 60 orang pegawai dan kakitangan daripada 32 Jabatan kerajaan dari tujuh kementerian menghadiri bengkel berkenaan.

Bengkel tersebut di akhiri dengan penyampaian Sijil Penyertaan kepada semua peserta-peserta oleh Pemangku Penolong Juruukur Agung, Pg Hajah Hasnaliati binti PSJ Pg Haji Abd Momin, bagi pihak Pemangku Juruukur Agung.

GISDAY_Group1.jpg

GISDAY_Group1.jpgGisday_AJK.jpgGisday_AJK.jpgGISDAY_group 2.jpg



Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments