Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SURVEY CAMP 2020

0bd67833-0388-4296-b0d8-314f4b262266.jpg

Daerah Tutong, 21 September 2020 - Survey Camp 2020 merupakan salah satu program latihan yang mana ianya bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal pegawai dan kakitangan di Jabatan Ukur. Pada tahun ini, bengkel Survey Camp 2020 telah diadakan oleh Cawangan Ukur Tutong selama 4 hari, mulai 21 September hingga 24 September 2020. 

eb4ef60d-c5f6-47bc-b60f-4ff1f505e6b9.jpg 424f4c47-624d-413b-a36b-967368480160.jpg

Bengkel berkenaan disertai oleh 21 orang yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur. Manakala tenaga pengajar pula terdiri daripada pegawai dan kakitangan Cawangan Ukur Tutong.

Antara objektif ianya diadakan ialah memberikan pendedahan kepada peserta dalam aktiviti-aktiviti pengukuran seperti setting up control survey, pengukuran kadastral dan pengambilan data pengukuran. 

Survey Camp 2020 ini diadakan di Pantai Persiaran Pengkalan Pinang Penanjong, Tutong. Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mana setiap kumpulan diberikan satu projek seperti Pengukuran Tanah LTS, Pengukuran Pengambilan Balik Tanah, Pengukuran Semula dan Pengukuran Gazet. 

Penyampaian Sijil Penyertaan telah diadakan pada hari terakhir bengkel pada 24 September 2020 dan disampaikan oleh Pemangku Penolong Juruukur Agung (KAD). 

Terdahulu, Survey Camp diadakan oleh Bahagian Geodetik pada tahun 2018. 

Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments