Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) JABATAN UKUR DENGAN PUSAT PERTAHANAN GEOGRAFI (DGC, UNITED KINGDOM)

mou1.jpg

Pemangku Juruukur Agung dan David Campbell, Suruhanjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam selaku wakil Defense Geographic Centre (DGC, UK) bagi  acara Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU).

Bandar Seri Begawan, 10 Januari 2017 – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Pusat Pertahanan Geografi, (Defence Geographic Centre, UK).  Perjanjian Persefahaman ini adalah salah satu usaha kerjasama di antara kedua belah pihak berhubung pemetaan atau pengukuran dan pertukaran bahan geografi.


mou2.jpg

Pemangku Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim dan David Campbell, Suruhanjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam menandatangani MoU.

Perjanjian Persefahaman ini telah ditandatangani oleh Pemangku Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim dan David Campbell, Suruhanjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam selaku wakil Pengarah DGC dan saksi perjanjian ini juga ditandatangani oleh  Awg Arefin bin Haji Jaya, Pemangku Timbalan Juruukur Agung dan Andrew Foy, First Secretary Defence Geographic Centre, United Kingdom.

mou3.jpg

Menandatangani MOU daripada DGC di wakili oleh David Campbell, Suruhanjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Andrew Foy, First Secretary Defence Geographic Centre, United Kingdom dan wakil dari British Garrison ke Brunei Darussalam

Turut hadir di Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman adalah wakil daripada British Garrison ke Brunei Darussalam, Pemangku Penolong Juruukur Agung, Pg Hajah Hasnaliati binti PSJ Pg Hj Abd Momin, Ketua-ketua Bahagian dan pegawai dari Bahagian Pemetaan  GeoSpatial, Jabatan Ukur.

mou4.jpg

Gambar dari Kiri - Andrew Foy, First Secretary Defence Geographic Centre, United Kingdom, wakil dari British Garrison ke Brunei Darussalam,  David Campbell, Suruhanjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Awg Hj Ali Bakar Hj Kasim, Pemangku Juruukur Agung, Awg Arefin Hj Jaya, Pemangku timbalan Juruukur Agung dan Pg Hjh Hasnaliati PSJ Pg Hj Abdul Momin, Pemangku Penolong Juruukur Agung.


Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur
Attachments