Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PENANAMAN POKOK KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI BAWAH PROTOKOL HIJAU, "KEMPEN 26,000 POKOK"

GP_group2021.jpg

30 Januari 2021 - Dalam menyokong perlaksanaan Protokol Hijau, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah ikut serta 'Kempen 26,000 Pokok'. Dalam kempen ini, sebanyak 200 anak pokok telah ditanam di kawasan-kawasan di bawah kawalan Jabatan Ukur seperti yang telah ditetapkan. Kawasan-kawasan berkenaan adalah Bengkel Jabatan Ukur di Kg Sinarubai, Bengkel Ukur Tutong, Bengkel Ukur Belait dan Bengkel Ukur Temburong.

gp_2021_3.jpg gp_doa2021.jpg

 gp_boss2021.jpg gp_female2021.jpg

Antara yang hadir dalam perlaksanaan kempen berkenaan ialah para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur. Turut hadir dalam memberi bantuan dan tunjuk ajar penanaman pokok ialah para pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perhutanan. 

Protokol Hijau merupakan satu garis panduan yang dilaksanakan di bawah Dasar Kebangsaan Iklim Negara Brunei Darussalam (Brunei Darussalam National Climate Change Policy), yang dilancarkan pada 30 Januari 2021. Ianya bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) dari premis-premis Perkhidmatan Awam, mengambil kira beberapa elemen penting seperti:

  1. Penggunaan Tenaga 
  2. Penggunaan Air
  3. Penggunaan Kertas
  4. Penggunaan Plastik
  5. Pembuangan Sisa-sisa Pepejal
  6. Pengurusan Acara-acara Rasmi
  7. Penanaman Pokok

Sumber:
Dokumen Garis Panduan Protokol Hijau (Brunei Darussalam National Council on Climate Change)
Nuur Afiqah 'Izzati binti Haji Zulkiflee - IREADY (Foto)

Attachments