Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

ASTRONOMY TALK

ast_blia2.jpg

19 Februari 2021 - Jabatan Ukur melalui Unit Astronomi, Bahagian Geodetik telah dijemput untuk mengadakan Astronomy Talk di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan pada hari ini. Seramai lebih dari 40 peserta Program Belia Cinta Tanahair telah turut serta dalam acara berkenaan. 

  ast_7.jpgast_hjkhai1.jpg

ast_talk21.jpg ast_moon21.jpg

Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Astronomi dibuat untuk para peserta program termasuklah aktiviti Skywatch dan taklimat mengenai Astronomi yang disampaikan oleh Juruukur Unit Astronomi, Awg Haji Khairul Abidin bin Hj Sulaiman.

Hadir ke acara berkenaan ialah Juruukur Kanan Bahagian Geodetik, Puan Nor Liza binti Haji Mohamed Daud serta para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur dan juga para pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku pengelola Program Belia Cinta Tanahair.

Antara objektif Astronomy Talk ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran, mendidik peserta program dan menanam minat mereka dalam menceburi bidang Astronomi dan Astrofizik.

Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments