Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JABATAN UKUR SERTAI MAJLIS PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM

DIKIRGP2.JPG

Sesi bergambar ramai Pasukan Dikir Perempuan bersama Pemangku Juruukur Agung dan para pegawai kanan Jabatan Ukur.

14 Januari, Bandar Seri Begawan – Jabatan Ukur telah menyertai Majlis Pertandingan Dikir Syarafil Anam Sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1438 Hijrah. Majlis ini dikelolakan bersama Jabatan Saliran dan Pembentungan dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya.

Tetamu Kehormat Majlis Pertandingan tersebut adalah Yang Berhormat, Menteri Pembangunan, Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah. Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Yang Mulia Timbalan Menteri Pembangunan dan juga Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) serta Yang Mulia Pemangku Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional).

Majlis Pertandingan Dikir Syarafil Anam ini turut disertai oleh Jabatan Tanah, Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kemajuan, Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan dan Jabatan Kemajuan Perumahan.   Ianya dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Pasukan Dikir Lelaki dan Kategori Pasukan Dikir Perempuan.  Johan bagi Kategori Pasukan Dikir Lelaki disandang oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal dan Jabatan Kemajuan manakala Johan bagi Kategori Pasukan Dikir Perempuan disandang oleh Jabatan Ukur.   Pasukan Dikir Lelaki bagi Jabatan Ukur pula muncul sebagai Naib Johan.

DIKIR2.JPGDIKIR1.JPG

Pasukan Dikir Lelaki Jabatan Ukur (Gambar Kiri) dan Pasukan Dikir Perempuan Jabatan Ukur (Gambar Kanan)

Majlis turut mengundang Yang Mulia Dr Andas Hj Ismuhadi bin Hj Abdullah untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Berwawasan Yang Berkat Dengan Bercontoh Kepada Rasulullah S.A.W’.

Turut menghadiri majlis berkenaan Yang Mulia Pemangku Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim, Yang Mulia Pemangku Timbalan Juruukur Agung, Awang Arefin bin Haji Jaya, Yang Mulia Pemangku Penolong Juruukur Agung, Pg Hajah Hasnaliati binti PSJ Pg Haji Abd Momin dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Ukur.

DIKIR3.JPGDIKIR4.JPG

DIKIR5.JPGDIKIRGP.JPG


Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur


Attachments