Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Juruukur Sedunia 2021 (Global Surveyors Day 2021)

grp photo gsd tahlil.JPG

20 Mac 2021, Sabtu, Bandar Seri Begawan – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, dan Brunei Institute of Geomatics (B.I.G) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Global Surveyors Day. Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran tersebut diadakan buat julung kalinya pada hari ini di Surau Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat semasa Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Global Surveyors Day ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.  

Turut hadir pada hari tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur serta ahli-ahli B.I.G yang terdiri daripada Juruukur-Juruukur Tanah Berlesen, Penilai Harta Tanah dan Perancang Bandar. Bacaan tahlil dan doa kesyukuran sempena Global Surveyors Day 2021 dipimpin oleh Awang Muhammad Yusrin bin Daud. 

c6398484-8eb6-4d71-b9f6-f7e53724f162.jpg a9dacb80-7302-4518-ab21-3f941ef8ced8.jpg


Attachments