Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SAMBUTAN WORLD HYDROGRAPHY DAY

whd_grp.jpg

27 Jun 2021, Sabtu, Bandar Seri Begawan – Hidrografi memainkan peranan penting dalam keselamatan navigasi, perlindungan persekitaran marin, pengurusan zon-zon pesisiran pantai, Marine Spatial Data Infrastructure (MSDI), pertahanan dan keselamatan dan kesemua komponen lain dari blue economy. Hari Hidrografi Sedunia (World Hydrography Day) disambut pada 21 Jun setiap tahun oleh International Hydrographic Organization (IHO) dan juga negara-negara ahli. 

whd_alvin.jpg

Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan pada tahun ini telah mengadakan Sambutan Hari Hidrografi Sedunia pada 27 Jun 2021 di Bandarku Ceria, Bandar Seri Begawan. Tema sambutan pada tahun ini ialah ‘100 tahun Kerjasama Antarabangsa dalam Hidrografi’ (100 Years of International Cooperation in Hydrography) sempena mengingati 100 tahun penubuhan kerjasama dengan International Hydrographic Organization (IHO) dengan negara-negara ahli. 

Acara berlangsung di kawasan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan turut disertai oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD), HydroBeam Consultancy, Hurricane Geo Inspection Survey Sdn Bhd (HGIS), Brunei Institution of Geomatics (B.I.G) serta pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur. 

whd_hydrobeam.jpg 

Turut hadir ke sambutan berkenaan ialah Juruukur Agung selaku Tetamu Kehormat serta para pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Ukur.


game_whd.jpg

Pelbagai aktiviti yang diadakan sempena Hari Hidrografi Sedunia seperti pameran, demonstrasi peralatan hidrografi, perkongsian maklumat bersama professional, mini games dan pop quiz. Antara objektif sambutan ini dibuat ialah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesignifikan tugas-tugas hidrografi yang menyumbang kepada kepentingan laut dan kehidupan marin kepada manusia.

Attachments