Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

TAKLIMAT GARISPANDU KESELAMATAN PENGGUNAAN BOT-BOT KERAJAAN BAGI PEMANDU DAN PENUMPANG JABATAN UKUR

Invited Speaker.JPG

Pentaklimat Jemputan, Awang Alisham bin Hj Awg Besar, Penolong Pegawai Jabatan Laut memberikan taklimat mengenai Garispandu Keselamatan Penggunaan Bot-bot Kerajaan bagi Pemandu dan Penumpang Jabatan Ukur.


18 Mac 2017, Sabtu, Bandar Seri Begawan -  Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah menganjurkan Taklimat Garispandu Keselamatan Penggunaaan Bot-Bot Kerajaan Bagi Pemandu dan Penumpang Jabatan Ukur dengan kerjasama Jabatan Laut bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur  Negara Brunei Darussalam.

Majlis yang berlangsung di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, dihadiri oleh lebih kurang 30 orang yang terdiri dari pegawai-pegawai kanan termasuk kakitangan Jabatan Ukur dari cawangan daerah-daerah. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Juruukur Agung, Yang Mulia Awang Arefin bin Haji Jaya.


GOH_Awang Arefin bin Hj Jaya.JPG

Pemangku Timbalan Juruukur Agung, Awang Arefin bin Hj Jaya, selaku Tetamu Kehormat taklimat berkenaan memberikan kata-kata aluan.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh pegawai dari Jabatan Laut yang disampaikan oleh Awang Alisham bin Hj Awg Besar, Penolong Pegawai Jabatan Laut. Antara lain tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan tentang tatacara keselamatan dan tindakan yang perlu diambil oleh pemandu dan penumpang  berkenaan jika berlaku kejadian-kejadian kecemasan. Taklimat juga bertujuan untuk memberikan penekanan akan kepentingan terhadap beberapa perkara seperti perancangan dan persediaan bagi pemandu dan penumpang dan juga risiko-risiko semasa berada di laut.


Senior officers.JPGParticipants.JPG

Para Pegawai Kanan dan Kakitangan Jabatan Ukur yang menghadiri taklimat keselamatan tersebut.


Sumber Foto: Bahagian Pengurusan Kualiti dan Aset

Attachments