Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JABATAN UKUR TERIMA LAWATAN KERJA DARI CHINA CENTER FOR RESOURCE SATELITE DATA AND APPLICATION (CRESDA)

photo_cresda.jpg

Sesi bergambar bersama Pemangku Juruukur Agung, Pemangku Timbalan Juruukur Agung, Pemangku Penolong Juruukur Agung dan Perwakilan CRESDA

20 Mac 2017, Isnin, Bandar Seri Begawan – Seramai 4 perwakilan profesional  dari China Center For Resource Satellite Data and Application (CRESDA)  telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan. Rombongan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah China Center For Resource Satellite Data and Application (CRESDA), Professor Wang Bing Bing.

Pemangku Juruukur Agung, Jabatan Ukur, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim mengalu-alukan kehadiran wakil profesional tersebut dan menghargai usaha mereka untuk melawat ke Jabatan Ukur.

China Center For Resource Satellite Data and Application (CRESDA) merupakan sebuah institusi yang telah ditubuhkan sejak tahun 1991. Institusi ini bertanggungjawab di dalam pengurusan operasi dan kajian saintifik berkaitan dengan data satelit, di bawah pengawasan National Development and Reform Commission (NDRC). Manakala pengurusan pentadbiran adalah di bawah tanggungjawab China Aerospace Science and Technology Corporation (CASC). Ianya juga bertanggungjawab dalam membina sistem bawah tanah berskala besar bagi memperoleh, memproses, menyimpan dan mengedar data satelit remote sensing.

Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk membincangkan kerjasama kedua belah pihak mengenai perkongsian data penderiaan jauh (remote sensing) dan aplikasinya.

Professor Wang Bing Bing, selaku Timbalan Pengarah China Center For Resource Satellite Data and Application (CRESDA), menyatakan setakat ini institusi berkenaan telah melancarkan 15 buah satelit bagi kerja-kerja memperoleh, memproses, menyimpan dan mengedar data penderiaan jauh kepada agensi-agensi luar negara. Institusi berkenaan juga memberikan latihan teknikal kepada pegawai dan kakitangan dalam bidang berkaitan dengan penderiaan jauh.

Hadir di perjumpaan tersebut ialah Pemangku Timbalan Juruukur Agung dan beberapa pegawai kanan di Jabatan Ukur.


Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments