Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MUZAKARAH PEMANGKU JURUUKUR AGUNG BERSAMA JABATAN UKUR CAWANGAN DAERAH TEMBURONG

tem23.JPG

Sesi bergambar ramai bersama Pemangku Juruukur Agung, para pegawai kanan dan kakitanganJabatan Ukur Cawangan Daerah Temburong.

4 April 2017, Selasa, Temburong – Sesi Muzakarah Pemangku Juruukur Agung bersama Pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur Cawangan Daerah Temburong telah diadakan di Bengkel Jabatan Ukur, Temburong Pemangku Juruukur Agung dan rombongan yang terdiri dari Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Ukur tiba di Daerah Temburong pada pukul 9.30 pagi.

tem1.JPGtm2.JPG

Sesi muzakarah yang diadakan di Bengkel Jabatan Ukur, Daerah Temburong (kiri) dan lawatan Pemangku Juruukur Agung dan Pegawai Kanan ke Jabatan Ukur Daerah Temburong (kanan).

Muzakarah ini bertujuan meninjau pencapaian cawangan Ukur daerah, Temburong, perbincangan masalah atau isu-isu yang relevan di samping mengeratkan silaturrahim di antara para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan serta laporan pencapaian yang disampaikan oleh Awang Hj Khairul Abidin bin Hj Sulaiaman, Juruukur Daerah Temburong.  Seterusnya diikuti dengan ucapan daripada Pemangku Juruukur Agung dan sesi soal jawab.  Acara diteruskan dengan Lawatan ke Pejabat Jabatan Ukur dan juga Tapak Projek CC4 Jambatan Temburong.

cc4 tem.jpgcc4 tem2.jpg

Sesi bergambar ramai semasa lawatan ke tapak projek CC4 Jambatan Temburong dan taklimat mengenai projek berkenaan oleh pegawai projek tersebut.

Sumber Foto: Facebook Survey Department

Attachments