Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS PENANDATANGANAN KONTRAK BAGI PROJEK AERIAL PHOTOGRAPHY, AIRBORNE LIDAR ACQUISITION AND GEOSPATIAL MAPPING OF BRUNEI DARUSSALAM

JUA_TABLE SIGN.jpeg

Acara menandatangani kontrak bagi projek "Aerial Photography, Airborne LiDAR Acquisition and Geospatial Mapping of Brunei Darussalam" yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke Bin Haji Mohsin telah hadir selaku tetamu kehormat.

Berakas, 5 Februari 2022 - Majlis penandatanganan kontrak telah diadakan di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam yang diwakili oleh Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam dan Syarikat Juruukur Fadly bagi projek "Aerial Photography, Airborne LiDAR Acquisition and Geospatial Mapping of Brunei Darussalam". Majlis telah diadakan pada hari Sabtu, 04 Rejab 1443h bersamaan dengan 05 Februari 2022 bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.

Projek pengambaran udara ini merupakan salah satu projek yang telah dibenarkan di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-11 (RKN-11). Kontraktor yang terpilih ialah Syarikat Juruukur Fadly dan projek ini dijangka akan siap dalam tempoh 18 bulan. Projek ini akan menghasilkan gambar udara dan data Light Detection and Ranging (LiDAR) bagi seluruh Negara Brunei Darussalam. Data yang diperolehi akan digunakan untuk mengemaskini peta dan maklumat geospatial Negara Brunei Darussalam selain daripada memenuhi permintaan dan membantu agensi Kerajaan dan swasta di dalam perancangan pembangunan Negara dan pengurusan bencana.

Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke Bin Haji Mohsin telah hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan penandatangan kontrak berkenaan. 

Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam ialah Awang Haji Arefin bin Haji Jaya, Juruukur Agung, Jabatan Ukur, Negara Brunei Darussalam dan bagi pihak SyarikatJuruukur Fadly ialah Pengarah Urusan, Awang Haji Mahadi bin Haji Mohd Tahir.

Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan dokumen kontrak kepada Syarikat Juruukur Fadly oleh Tetamu Kehormat.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin Bin POKAP DSS Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan) Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan: Yang Mulia Ir. Awang Haji Md. Salleh bin Haji Abd Karim, Ketua Pengarah Kerja Raya, pegawai-pegawai kanan serta pegawai di bawah Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, pihak konsultan bagi projek berkenaan  KT Ryan Communications & Services dan pihak kontraktor Syarikat Juruukur Fadly.

JUA GRP PHOTO SESSION.JPG

Sesi bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat Majlis, Timbalan Menteri Pembangunan berserta Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, para pegawai kanan Jabatan Ukur dan wakil dari Syarikat Juruukur Fadly. 


Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur

Attachments