Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

HARI JURUUKUR SEDUNIA (GLOBAL SURVEYORS’ DAY)

GSD22_FINAL.png

21 Mac 2022, Isnin, Bandar Seri Begawan – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam menganjurkan beberapa acara setiap tahun sempena Hari Juruukur Sedunia yang diadakan setiap 21 Mac. 

Berikut adalah aturcara-aturcara yang dimuatkan untuk sambutan Hari Juruukur Sedunia :

ATURCARA_1.png

ATURCARA_2.png

ATURCARA_3.png

  • Majlis Solat Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran

    Majlis ini diadakan pada 21 Mac 2022 bertempat di Masjid Ash-Shaliheen.  Tetamu Kehormat bagi Majlis tersebut ialah YANG BERHORMAT DATO SERI SETIA IR. AWANG HAJI SUHAIMI BIN HAJI GAFAR, Menteri Pambangunan.   Acara akan dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Asr berjemaah diikuti dengan bacaan Doa Yasin, Doa Perlindungan COVID-19 dan Doa Kesyukuran beramai-ramai. 

     
  • Continuous Professional Development (CPD) Program anjuran bersama Brunei Institute of Geomatics (B.I.G)

    Seminar ini diadakan pada 26 Mac 2022 bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan (MODTC), Kementerian Pambangunan.  Tetamu Kehormat bagi Seminar itu nanti ialah DATO SERI PADUKA AR. AWANG HAJI MARZUKE BIN HAJI MOHSIN, Timbalan Menteri Pembangunan.

     
  • Acara Penanaman Pokok

    Acara ini  diadakan pada 27 Mac 2022 bertempat di Taman Rekreasi Tanjung Batu, Kampung Sabun, Muara.  Tetamu Kehormat bagi acara tersebut ialah YANG BERHORMAT DATO SERI SETIA IR. AWANG HAJI SUHAIMI BIN HAJI GAFAR, Menteri Pambangunan.



Attachments