Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS SOLAT BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI JURUUKUR SEDUNIA (GLOBAL SURVEYORS’ DAY)

masjid_gsd1.png

21 Mac 2022, Isnin, Bandar Seri Begawan – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Solat Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Juruukur Sedunia yang jatuh pada hari ini. Majlis berkenaan telah diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Jabatan Perdana Menteri. Dua lagi acara Sambutan Hari Juruukur Sedunia yang akan diadakan pada 26 dan 27hb Mac 2022. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat semasa Majlis Solat Berjemaah dan Membaca Surah Yasin sempena Hari Juruukur Sedunia ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. 

Turut hadir pada hari tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan-Jabatan di Bawah Kementerian Pembangunan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur dan Juruukur-Juruukur Tanah Berlesen yang serta ahli-ahli Brunei Institution of Geomatics (B.I.G). 

masjid_gsd3.png masjid_gsd4.png

Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Asr berjemaah diikuti dengan bacaan Doa Yasin, Doa Perlindungan COVID-19 dan Doa Kesyukuran beramai-ramai. 

Attachments