Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SEMINAR PEMBANGUNAN PROFESIONAL [CONTINUOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CPD)] SEMPENA HARI JURUUKUR SEDUNIA 2022

cpd_260322_6.png

26 Mac 2022, Berakas - Seminar Pembangunan Profesional [Continuous Professional Development (CPD)] bersempena Hari Juruukur Sedunia 2022 telah diadakan pada hari ini di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran dan Latihan (MODTC), Kementerian Pembangunan. Seminar berkenaan merupakan acara kedua bagi Sambutan Hari Juruukur Sedunia 2022 anjuran bersama Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Institusi Geomatik Brunei (B.I.G). 

cpd_goh_260322.png

cpd_attd2_260322.png cpd_attd1_260322.png

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke Bin Haji Mohsin. Turut hadir di seminar tersebut ialah Yang Mulia Dr Nor Imtihan binti. Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Pemangku Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Professional), Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan dan Divisyen di bawah Kementerian Pembangunan, para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur, Jurukurjuruukur Tanah Berlesen dan ahli-ahli B.I.G. 

cpd_260322_alibakar.png

Seminar dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Presiden B.I.G, Yang Mulia Haji Ali Bakar bin Haji Kasim dan ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke Bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan. Seminar ini telah memuatkan sebanyak 3 pembentangan kertas kerja teknikal dari pentaklimat yang terdiri daripada ahli profesional B.I.G. dan pegawai dari Jabatan Ukur serta Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd selaku pemohon baru B.I.G.

Pentaklimat pertama ialah Awang Haji Muhammad Hifney bin Haji Abdul Rahman, Juruukur Kanan di Bahagian Pengukuran Kadaster, Jabatan Ukur. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk The Potential of Using Satellite Altimetry for Sea Level Study in Brunei Darussalam, mengenai potensi penggunaan satellite altimetry bagi kajian paras laut di Brunei Darussalam. Kertas kerja beliau telah dibentangkan semasa FIG Working Week di Hanoi Vietnam dan 15th South East Asia Survey Congress 2019 di Darwin Australia pada tahun 2019. Kertas kerja ini juga telah dianugerahkan Best Abstract Award SEASC 2019 oleh the Surveying and Spatial Sciences Institute, Remote Sensing & Photogrammetry Commission. 

Pentaklimat kedua ialah Awang Muhammad Abdul Hadi bin Haseri, Juruukur di Bahagian Geodetik, Jabatan Ukur. Kertas kerja yang dibentangkan bertajuk Assessment of Local Geoid in Brunei Darussalam yang mana ianya memfokuskan kepada analisis perbezaan ketinggian ortometrik di antara purata paras laut (mean sea level) dan GNSS (Global Navigation Satellite System). 

Pentaklimat ketiga pula ialah Mr. Mark Beloeil-Smith, Ketua Bahagian Geomatic & Metocean di Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Where Am I? mengenai pengetahuan asas, kefahaman mengenai bagaimana kedudukan dibuat dan mengetahui bagaimana untuk mengesahkan kedudukan berkenaan yang perlu diketahui oleh ahli Geomatik atau Juruukur. 

cpd_award_260322.png

Penyampaian sijil keahlian baru B.I.G. juga telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis kepada Abang Mohammad Syazwan bin Abang Abas yang telah dinaiktaraf kepada Professional Member daripada Graduate Member, Mr. Mark Beloeil-Smith telah diterima sebagai Professional Member dan Awang Muhammad Abdul Hadi bin Haseri sebagai Graduate Member. 

cpd_grpphoto_260322.png

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur (26 Mac 2022)

Attachments