Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

AKTIVITI PENANAMAN POKOK SEMPENA HARI JURUUKUR SEDUNIA 2022


27 Mac 2022, Muara - Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah mengadakan aktiviti penanaman pokok sempena Hari Juruukur Sedunia 2022 pada hari ini di Taman Rekreasi Tanjung Batu, Muara. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar. 

gohandyb_pokok270322.png

Turut dijemput menghadiri aktiviti berkenaan ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman@ Othman, Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong and Pemangku Penghulu Mukim Serasa, dan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Ash’ari, Co-Founder / Community Engagement Director of Green Brunei. 

attd4_gsdpokok270322.pngattd3_gsdpokok270322.png

attd1_gsdpokok270322.png

attd2_gsdpokok270322.png

Juga hadir mengikuti aktiviti ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, para pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Ukur serta ahli-ahli Institusi Geomatik Brunei (B.I.G). 

group photo_gsdpokok270322.png

Acara dimulai dengan sesi bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara yang dijemput, Timbalan Menteri Pembangunan serta yang hadir di acara berkenaan. Ianya diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Perlindungan daripada COVID19, aktiviti senaman ringan dan aktiviti penanaman pokok yang diketuai oleh Tetamu Kehormat. 

Acara diakhiri dengan pengagihan hadiah para peserta Virtual Run 22Km. Virtual Run merupakan salah satu aktiviti yang diadakan oleh Jabatan Ukur sempena Hari Juruukur Sedunia 2022 bermula pada 1hb Mac hingga 25hb Mac 2022. 

Sejumlah 300 pokok telah ditanam sempena Hari Juruukur Sedunia 2022 sebagai salah satu usaha untuk mendokong Garispanduan Protokol Hijau di dalam Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam. 

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur (27 Mac 2022)

Attachments