Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MUZAKARAH PMK JURUUKUR AGUNG BERSAMA JABATAN UKUR CAWANGAN DAERAH TUTONG

sesi gmbr tut2.JPG

Sesi bergambar ramai Pemangku Juruukur Agung dan para pegawai kanan serta kakitangan Jabatan Ukur Cawangan Daerah Tutong.

5 April 2017, Rabu, Tutong – Sesi Muzakarah Pemangku Juruukur Agung bersama Pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur Cawangan Daerah Tutong telah diadakan di Jabatan Ukur Cawangan Daerah Tutong.  Pemangku Juruukur Agung dan rombongan yang terdiri dari para pegawai kanan Jabatan Ukur tiba di Daerah Tutong pada 8.30 pagi.  

muzakarah tut.JPGtu3.JPG

Sesi Muzakarah yang diadakan di Jabatan Ukur Cawangan Daerah Tutong

Tujuan Muzakarah ini ialah meninjau pencapaian Cawangan Ukur Daerah Tutong, mengadakan perbincangan masalah atau isu-isu yang berhubungkait dengan tugas, hasil Jabatan dan juga kesejahteraan kakitangan disamping mengeratkan silaturrahim diantara Pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al Fatihah yang diketuai oleh Awg Kamarul Zaman bin Hj Md Zain.  Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan laporan pencapaian bagi tahun 2016 - 2017 yang disampaikan oleh Hjh Aierna binti Hj Bakar, Juruukur Daerah Tutong.  Seterusnya diikuti ucapan daripada Pemangku Juruukur Agung dan Timbalan Juruukur Agung serta sesi soal jawab.  Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan diikuti dengan jamuan.

bengkeltut.JPG

Lawatan Pemangku Juruukur Agung ke Bengkel Jabatan Ukur Cawangan Daerah Tutong

Acara diteruskan lagi dengan lawatan ke Ibu Pejabat Ukur dan sesi bergambar ramai serta lawatan ke Bengkel Jabatan Ukur, Tutong.

Sumber Foto: Facebook Survey Department

Attachments