Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MUZAKARAH PEMANGKU JURUUKUR AGUNG BERSAMA JABATAN UKUR CAWANGAN DAERAH BELAIT

belgmbrramai.JPG

Sesi bergambar ramai Pemangku Juruukur Agung, para pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Ukur Cawangan Daerah Belait.

8 April 2017, Sabtu, Belait – Sesi Muzakarah Pemangku Juruukur Agung bersama Pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur Cawangan Daerah Belait telah diadakan di Bilik Mawar, Jabatan Imigresen Daerah Belait.  Pemangku Juruukur Agung dan rombongan yang terdiri dari para pegawai kanan Jabatan Ukur tiba di Daerah Belait pada sebelah pagi


muzakarah bel.JPGsesi soal jawab bel.JPG

Sesi muzakarah dan soal jawab yang diadakan di Bilik Mawar, Jabatan Imigresen Daerah Belait.


Tujuan Muzakarah ini ialah meninjau pencapaian cawangan Ukur daerah Belait, mengadakan perbincangan masalah atau isu-isu yang berhubungkait dengan tugas, hasil Jabatan dan juga kesejahteraan kakitangan disamping mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al Fatihah diikuti dengan jamuan ringkas.  Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan laporan pencapaian yang disampaikan oleh Dayang Norhazemah binti Hj Kalong, Juruukur Daerah Belait.  Seterusnya diikuti dengan sesi soal jawab dan ucapan daripada Pemangku Juruukur Agung. 

bel1.JPG

Lawatan Pemangku Juruukur Agung ke stesen CORS KBEL.

Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar ramai bersama Pemangku Juruukur Agung dan juga lawatan ke stesen CORS KBEL (Continuous Operating Reference Station Kuala Belait).

Sumber Foto: Facebook Survey Department
Attachments