Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JABATAN UKUR SERTAI STUDYRAMA 2017

BIG PICTURE.jpg

Pegawai dan Kakitangan Jabatan Ukur memberi penerangan penggunaan alat pengukuran kepada Tetamu Kehormat.

13 April 2017, Khamis, Bandar Seri Begawan – Sebagai acara tahunannya, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), hari ini, telah mengadakan pameran kerjaya dan pendidikan ‘Studyrama’ yang berlangsung di auditorium maktab berkenaan.

STUDYRAMA12.JPGSTUDYRAMA2.jpg

Tetamu Kehormat dan Pegawai wakil Kementerian Pendidikan mencuba alat pengukuran

Acara yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 3 petang itu telah dibuka rasmi oleh Pegawai Tugas-tugas Khas / Ketua Seksyen Pengajian Tinggi,  Kementerian Pendidikan, Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee.

Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan adalah antara agensi sektor kerajaan dan swasta yang telah dijemput menyertai ‘Studyrama’. Agensi kerajaan dan swasta yang lainnya adalah seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kajian Kementerian Pembangunan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Peguam Negara, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), QAF Brunei Sdn Bhd, Kedutaan Australia dan Kanada, Kolej Antarabangsa Micronet, Institut Kemuda, Penerbangan Diraja Brunei dan institusi-institusi lainnya.

STUDYRAMA3.jpg

Pegawai dan Kakitangan Jabatan Ukur memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar Maktab Duli memberi penerangan mengenai Jabatan Ukur

Acara sehari itu diisikan dengan taklimat motivasi dan bengkel oleh Jabatan Ukur dan pelbagai agensi yang menyertai pameran.

Objektif utama acara adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada peluang pendidikan tinggi yang tersedia di dalam dan luar negara, selain itu, memberi kesedaran kepada pelajar mengenai tujuan kerjaya dalam hubungan mata pelajaran dan minat dengan memfokuskan kepada kejuruteraan, perniagaan dan kewangan, teologi, industri minyak dan kesihatan.

Melalui 'Studyrama', pelajar akan dapat melihat pelbagai peluang yang boleh diceburi, terutama kursus dan biasiswa ditawarkan sektor kerajaan dan bukan kerajaan serta membolehkan mereka membuat keputusan mengenai kerjaya mereka dan juga tempat belajar berpotensi di dalam dan luar negara.

Sumber foto:  Bahagian Pengurusan Kualiti dan Aset (PKA), Jabatan Ukur

Attachments