Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

TAKLIMAT PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM MELALUI TAKAFUL

front pic.jpg

Pegawai dan Kakitangan Jabatan Ukur yang mengikuti taklimat yang disampaikan oleh wakil dari Takaful Brunei Keluarga (TBK)

27 April 2017, Khamis, Bandar Seri Begawan – Seramai 26 orang pegawai dan kakitangan menghadiri Taklimat Perancangan Kewangan Islam Melalui Takaful yang disampaikan oleh wakil dari Takaful Brunei Keluarga (TBK).  Taklimat ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (JKKP) Jabatan Ukur bertempat di Bilik Hidayat, Aras 3, Ibu Pejabat Jabatan Ukur.

tkaful1.jpgtkaful2.jpg

Antara pegawai dan kakitangan yang hadir di taklimat tersebut

Tujuan TBK mengadakan taklimat ini adalah untuk turut sama mendukung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tentang Perancangan Kewangan Islam yang mana baginda ada bertitah pada sambutan ulang tahun baginda 15 Julai 2006 "…keuntungan tambahan akan diterima oleh pegawai-pegawai dan pekerja kerajaan, boleh digunakan secara berjimat cermat, sambil untuk berjimat melalui perancangan kewangan bagi keperluan masa depan". Oleh yang demikian, pihak TBK mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan kefahamam serta untuk menekankan kepentingan celik kewangan dalam kalangan orang ramai.

Taklimat ini mengandungi:-

  • Sejarah Perancangan Kewangan Islam
  • Komponen-Komponen dalam Perancangan Kewangan Islam
  • Perancangan Kewangan Islam melalui kaedah Takaful
     

Sumber Foto: Bahagian Pengurusan Kualiti dan Aset (PKA), Jabatan Ukur

Attachments