Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PROGRAM 2 DALAM 1 SESI KONGSISAMA TEKNIK DAN PENGETAHUAN MERUKYAH HILAL BERSAMA BAHAGIAN GEODETIK, BAHAGIAN PENGUKURAN KADASTER (UKD), BAHAGIAN MAKLUMAT KADASTER (MKD) DAN BAHAGIAN PERUNDANGAN KADASTER(PKD)

frontp.jpg

Juruukur Kanan Geodetik bersama para Pegawai Falaq Syarie yang dijemput untuk mengikuti Program Merukyah Hilal di Tanjung Batu, Muara

27 April 2017, Khamis, Muara – Program 2 dalam 1 program 2 dalam 1 sesi kongsisama teknik dan pengetahuan merukyah hilal bersama Bahagian Geodetik berakhir pada hari ini di Tanjung Batu, Muara.

ukd gdk.jpg

Pemangku Juruukur Kanan Pengukuran Kadaster yang turut hadir mengikuti program berkenaan

Seramai 25 orang pegawai termasuk Juruukur Kanan Geodetik dan Pemangku Juruukur Kanan Pengukuran Kadastral serta kakitangan jabatan telah mengikuti program berkenan.

Objektif program ini adalah:-

  1. Bagi berkongsi kemahiran dan ilmu pengetahuan merukyah hilal
  2. Menggunakan alat William Optik sebagai alat tambahan untuk mencerap
  3. Merukyah Hilal Awal Bulan-Bulan Hijarah
  4. Menggunakan perisian Lucam sebagai nilai tambahan kepada kaedah cerapan konvensional
  5. Menambah keyakinan yang tinggi kepada pencerap dan pasukan bagi setiap proses cerapan rukyah hilal

Antara kaedah program ini adalah:-

  1. Mengimplimentasikan tatacara proses cerapan Rukyah Hilal
  2. Membuat cerapan oleh Penerap dan dibantu oleh penolongnya dan disaksikan serta kemudian disahkan (jika sabit hilal) oleh Hakim Syar'ie
  3. Kaedah merukyah hilal seperti lazimnya dilakukan pada bulan-bulan hijrah terutama pada bulan-bulan besar islam menggunakan theodolite/total station, teleskop Celestron dan William Optic
  4. Menggabungkan pasukan dari bahagian-bahagian yang berkenaan pada setiap pasukan pencerap

Program yang dijalankan ini dihasratkan satu kolabrasi pengongsian ilmu diantara Bahagian Geodetik, Bahagian UKD, Bahagian MKD dan Bahagian PKD. Pegawai dan kakitangan yang terlibat daripada bahagian berkenaan nanti bolehlah lagi mengongsikan ilmu pengetahuan yang diperolehi kepada yang lain.

Program ini telah dibuat dibeberapa tempat di Negara Brunei Darussalam iaitu:-

  1. Balai Cerap Bukit Amboq, Daerah Tutong pada 29 Januari 2017
  2. Balai Cerap Bukit Lumut, Daerah Belait pada 27 Februari 2017
  3. Menara DST Gadong, Daerah Brunei dan Muara pada 29 Mac 2017

Turut dijemput menghadiri program ini adalah para pegawai dari Falaq Syarie.

tutong1.jpgtutong2.jpg

Program Merukyah Hilal yang diadakan di Balai Cerap Bukit Amboq pada 29 Januari 2017

dst1.jpgdst2.jpgdst3.jpg

 Program Merukyah Hilal yang diadakan di Menara DST Gadong  pada 29 Mac2017

Sumber Foto: Jabatan Ukur

Attachments