Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JABATAN UKUR TERIMA LAWATAN DARI PEJUTA DAN UKHO

WhatsApp Image 2023-07-25 at 12.12.27 PM.jpeg

25 Julai 2023, Rabu, Berakas - Jabatan Ukur pada hari ini telah menerima lawatan daripada pihak ​UK Hydrographic Office (UKHO). Tujuan lawatan berkenaan diadakan ialah bagi perkongsian maklumat mengenai Hidrografi di antara Jabatan Ukur Negara Brunei Darussalam dan UKHO. Hadir dalam perbincangan berkenaan adalah Pemangku Timbalan Juruukur Agung serta para pegawai kanan Jabatan. Manakala pihak UKHO pula diwakili oleh  UKHO’s Head of Partnering and Engagement for Asia Pacific​, UKHO’s Technical Lead for UKHO dan Political Officer at the British High Commission.

group photo.JPG

​Pihak Jabatan Ukur juga menerima lawatan ​daripada 12 orang wakil Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) pada 24 hingga 25 Julai 2023. Lawatan teknikal berkenaan adalah bagi perkongsian maklumat di antara keduanya bagi kerja-kerja pengukuran tanah. Turut hadir menyambut wakil PEJUTA  ialah Pemangku Juruukur ​Agung serta para pegawai kanan Jabatan Ukur.

Attachments