Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Jabatan Ukur dan B.I.G anjur Seminar UTAP 2023

grp photo.jpg

20 September 2023, Rabu, Bandar Seri Begawan – Jabatan Ukur pada hari ini telah menganjurkan Seminar Ukur Tanah Asas Pembangunan (UTAP) di The Centrepoint Hotel, Gadong. Seminar ini turut dianjurkan bersama the Brunei Institution of Geomatics (B.I.G). Tema seminar pada tahun ini ialah Seizing the Future: Geospatial Technology Optimisation. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohammed Salleh, Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar). 

Turut hadir ke seminar tersebut ialah ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan serta pegawai dan kakitangan dari agensi kerajaan dan swasta yang dijemput. 

Seminar dimulai dengan ucaptama dari Tuan Gerry Ong, Honorary President ASEAN Federation of Land Surveying and Geomatics (AFLAG). Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Our Professions Critical Role Within Climate Change Space’ mengenai sumbangan profesion kepada pihak berkepentingan yang terlibat dalam inisiatif-inisiatif dan projek-projek berkaitan dengan perubahan iklim. 

Sebanyak 6 kertas kerja telah dibentangkan di seminar berkenaan. Seramai lebih kurang 100 peserta dari agensi kerajaan dan swasta telah menghadiri seminar tersebut. UTAP 2023 turut disokong penuh oleh beberapa rakan media rasmi iaitu Radio Televisyen Brunei (RTB), Jabatan Penerangan (Pelita Brunei) dan Brunei Press Sdn Bhd. Terdahulu, seminar UTAP diadakan pada tahun 2014.

Attachments