Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD (S.A.W) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1445H / 2023M KELOLAAN JABATAN UKUR

951cd126-e06b-4f60-b927-cff79120bcd9.jpg

10 Oktober 2023, Selasa, Bandar Seri Begawan – Bagi memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad (S.A.W), Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya kelmarin mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad (S.A.W) bagi tahun 1445H/2023M. Majlis berkenaan dikelolakan oleh Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan. 

Turut menghadiri majlis berkenaan ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan. 

cd439bc1-027c-4af9-b2a8-09bf6c65f279.jpg 9348bb3c-ee5c-40d0-a159-b30b57726143.jpg

Majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk ‘Kenapa Aku Harus Mengamalkan Sunnah?’ yang disampaikan oleh Ustaz Hilman bin Haji Salim, Penolong Pensyarah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB). 

8789c128-cefc-464d-b81a-44e73be6c9d3.jpg 

Majlis diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban dan Selawat Tafrijiyyah dari Kumpulan Dikir Jabatan Ukur dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.​


Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur

Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments