Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MUZAKARAH BERSAMA PMK JURUUKUR AGUNG: BAHAGIAN GEOSPATIAL PENTADBIRAN (GTP) DAN BAHAGIAN PENGURUSAN KUALITI DAN ASET (PKA)

gtp_pkaphotosession.jpg

Sesi bergambar ramai bersama Pmk Juruukur Agung, pegawai-pegawai kanan dan para kakitangan Bahagian GeoSpatial Pentadbiran dan Bahagian Pengurusan Kualiti dan Aset

9 Mei 2017, Selasa, Bandar Seri Begawan – Sesi Muzakarah Pemangku Juruukur Agung bersama Pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur diteruskan lagi pada hari ini. Pada kali ini, sesi berkenaan diadakan Bahagian GeoSpatial Pentadbiran dan Bahagian Pengurusan Kualiti dan Aset di Bilik Bertabur, Kementerian Pembangunan.

gtp_pka1.jpggtp_pka2.jpg

Antara kakitangan yang hadir di sesi muzakarah tersebut

Tujuan Muzakarah ini ialah meninjau pencapaian kedua-dua bahagian berkenaan, mengadakan perbincangan masalah atau isu-isu yang berhubungkait dengan tugas, hasil Jabatan dan juga kesejahteraan kakitangan di samping mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al Fatihah diikuti dengan pembentangan dari Juruukur Pengurusan Kualiti, Dayang Willyza Bibiana binti Ibrahim dan Juruukur Pengurusan Aset, Awang Muhammad Khairul Hafizuddin bin Shamsudin mengenai pencapaian Bahagian Pengurusan Kualiti dan Aset (PKA)Seterusnya diikuti dengan pembentangan dari Pmk Juruukur Kanan GeoSpatial Pentadbiran (GTP), Dayang Nurani binti Hj Ahmad.

gtp_pkaNurani.jpggtp_pkaqa.jpg

Pmk Juruukur Kanan GeoSpatial Pentadbiran (GTP) membentangkan mengenai pencapaian Bahagian GeoSpatial Pentadbiran (gambar kiri) dan sesi soal-jawab Pmk Juruukur Agung, Pmk Timbalan Juruukur Agung, Juruukur Kanan Bahagian Pengurusan Kualiti dan Aset (PKA) dan Pmk Juruukur Kanan GeoSpatial Pentadbiran (GTP) (gambar kanan).

Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi soal jawab dan ucapan daripada Pemangku Juruukur Agung selepas acara jamuan ringkas.

Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments