Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MUZAKARAH BERSAMA PMK JURUUKUR AGUNG: BAHAGIAN GEODETIK (GDK) DAN UNIT SEMPADAN DAN ANTARABANGSA (SAB)

Muz_gdk.jpg

Sesi bergambar ramai bersama Pmk Juruukur Agung, para pegawai kanan dan para kakitangan Bahagian Geodetik.

Muz_sab.jpg

Sesi bergambar ramai bersama Pmk Juruukur Agung, para pegawai kanan dan para kakitangan Unit Sempadan dan Antarabangsa.

10 Mei 2017, Rabu, Bandar Seri Begawan - Sesi Muzakarah bersama Pmk Juruukur Agung telah diadakan pada hari ini bersama Bahagian Geodetik dan Unit Sempadan dan Antarabangsa di Bilik Bertabur, Kementerian Pembangunan. Tujuan Muzakarah ini ialah meninjau pencapaian kedua-dua bahagian dan unit berkenaan, mengadakan perbincangan masalah atau isu-isu yang berhubungkait dengan tugas, hasil Jabatan dan juga kesejahteraan kakitangan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.

gdk_sab.jpg

gdk_sab1.jpggdk_sab2.jpg

Antara pegawai dan kakitangan yang menghadiri sesi muzakarah berkenaan.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al Fatihah diikuti dengan pembentangan dari Juruukur Kanan Bahagian Geodetik (GDK), Pg Aliuddin bin Pg Hj Ibrahim, mengenai pencapaian Bahagian Geodetik.  Seterusnya diikuti dengan pembentangan dari Juruukur Unit Sempadan dan Antarabangsa (SAB), Pg Mohd Norhashimi bin Pg Hj Bungsu, mengenai unit berkenaan dan kemudiannya diakhiri dengan sesi soal jawab.

gdk_sabQA.jpg

Sesi soal jawab bersama Pmk Juruukur Agung, Pmk Timbalan Juruukur Agung, Juruukur Kanan Bahagian Geodetik (GDK) dan Juruukur Unit Sempadan dan Antarabangsa (SAB).


Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments