Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MUZAKARAH BERSAMA PMK JURUUKUR AGUNG: BAHAGIAN PENGUKURAN KADASTER (UKD) DAN BAHAGIAN MAKLUMAT KADASTER (MKD)

mkd_ukd.jpg

Sesi bergambar ramai bersama Pmk Juruukur Agung, para pegawai kanan dan kakitangan dari Bahagian Pengukuran Kadaster (UKD)

mkd_ukd1.jpg

Sesi bergambar ramai bersama Pmk Juruukur Agung, para pegawai kanan dan kakitangan dari Bahagian Maklumat Kadaster (MKD)

11 Mei 2017, Khamis, Bandar Seri Begawan - Sesi Muzakarah bersama Pmk Juruukur Agung diteruskan lagi bersama Bahagian Pengukuran Kadaster dan Bahagian Maklumat Kadaster di Bilik Bertabur, Kementerian Pembangunan.

mkd_ukd2.jpgmkd_ukd3.jpg

Antara kakitangan yang hadir dalam sesi muzakarah berkenaan.

Tujuan Muzakarah ini ialah meninjau pencapaian kedua-dua bahagian berkenaan, mengadakan perbincangan masalah atau isu-isu yang berhubungkait dengan tugas, hasil Jabatan dan juga kesejahteraan kakitangan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.

mkd_ukdqa.jpg

Sesi soal jawab Pmk Juruukur Agung, Pmk Timbalan Juruukur Agung dan Pmk Juruukur Kanan Bahagian Pengukuran Kadaster (UKD) dan Bahagian Maklumat Kadaster (MKD).

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al Fatihah diikuti dengan pembentangan dari Pmk Juruukur Kanan Bahagian Maklumat Kadaster (MKD), Dayang Hjh Rusinah binti Hj Tengah, mengenai pencapaian bahagian tersebut.  Seterusnya diikuti dengan pembentangan dari Pmk Juruukur Kanan Bahagian Pengukuran Kadaster, Dk Siti Saihalina binti Pg Hj Ibrahim, dan diakhiri dengan sesi soal jawab. 


Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments