Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MUZAKARAH BERSAMA PMK JURUUKUR AGUNG: BAHAGIAN PERUNDANGAN KADASTER (PKD) DAN BAHAGIAN GEOSPATIAL PEMETAAN (GSP)

gsp_pkdps.jpg

Sesi bergambar ramai bersama Pmk Juruukur Agung, para pegawai kanan dan kakitangan Bahagian Perundangan Kadaster (PKD)

gsp_pkdps1.jpg

Sesi bergambar ramai bersama Pmk Juruukur Agung, para pegawai kanan dan kakitangan Bahagian Geospatial Pemetaan (GSP)

13 Mei 2017, Sabtu, Bandar Seri Begawan - Muzakarah Pmk Juruukur Agung bagi tahun 2017 berakhir pada hari ini. Muzakarah berkenaan diadakan bersama Bahagian Perundangan Kadaster dan Bahagian Geospatial Pemetaan di Dewan Indera Pahlawan, MODTC, Kementerian Pembangunan.

Seperti muzakarah yang lain, tujuan muzakarah ini diadakan meninjau pencapaian kedua-dua bahagian berkenaan, mengadakan perbincangan masalah atau isu-isu yang berhubungkait dengan tugas, hasil Jabatan dan juga kesejahteraan kakitangan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.

gspjuk.jpgpkdjuk.jpg

Juruukur Kanan Bahagian Geospatial Pemetaan (GSP), Dayang Hjh Roseidah binti Hj Kamis (kiri) dan Juruukur Kanan Bahagian Perundangan Kadaster (PKD), Awang Abd Aziz bin Dato Paduka Hj Abdullah (kanan) memberikan pembentangan mengenai pencapaian bahagian masing-masing.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al Fatihah diikuti dengan pembentangan dari Juruukur Kanan Bahagian Geospatial Pemetaan mengenai pencapaian Bahagian Geospatial Pemetaan.  Seterusnya diikuti dengan pembentangan dari  Juruukur Kanan Bahagian Perundangan Kadaster dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

gsp_pkdqa.jpg

Sesi soal jawab Pmk Juruukur Agung, Pmk Timbalan Juruukur Agung dan Juruukur Kanan Bahagian Perundangan Kadaster (PKD) dan Bahagian Geospatial Pemetaan (GSP).


Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments