Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS KONVENSYEN KUMPULAN KERJA CEMERLANG JABATAN UKUR SESI 2016/2017

IMG_9296.JPG

Sesi bergambar ramai bersama Pmk Juruukur Agung, Pmk Timbalan Juruukur Agung, Pmk Penolong Juruukur Agung, para pegawai dan Kumpulan PGS1617

20 Jun 2017, Selasa, Bandar Seri Begawan -  Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam  telah mengadakan Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Jabatan Ukur bagi sesi 2016/ 2017 di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.

IMG_9295.JPG

Pemangku Juruukur Agung, Awang Hj Ali Bakar bin Hj Kasim selaku tetamu kehormat pada Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Jabatan Ukur Sesi 2016/2017.


Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Pemangku Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim. Konvensyen KKC turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Ukur.

Sebanyak 7 pasukan mengambil bahagian dalam Konvensyen KKC tahun ini:

​Nama Kumpulan
​Tajuk Projek
MU@KAD Peta RSO Yang Tidak Memenuhi Kehendak Pelanggan
3GSKesukaran Dalam Pengendalian Peralatan Komputer
MUMTAZPengurusan Kerja-Kerja Pengukuran Kurang Berkesan
PGIS1617Peta Banjir Yang Kurang Komprehensif
HALAPerkhidmatan Penentuan Hala Kiblat Tidak Menepati Tekad Pemedulian Orang Ramai
TBT1617Tiada Rujukan Khusus Bagi Pengukuran F2f
PKA-ADM2016Maklumat Penghapusan Kurang Lengkap


KUMPULAN PGS1617 dari Bahagian Geospatial Pemetaan telah merangkul juara pada konvensyen tersebut. Juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah BND500. Naib juara dirangkul oleh Kumpulan 3GS dengan hadiah wang tunai BND350 dan tempat ketiga dirangkul oleh Kumpulan MU@KAD dengan hadiah wang tunai BND250.

IMG_9294.JPG

Tetamu Kehormat Majlis, Pemangku Juruukur Agung, Awang Hj Ali Bakar bin Hj Kasim semasa menyampaikan hadiah kepada juara konvensyen, Kumpulan PGS1617.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pemangku Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim.


Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments