Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK YATIM DI JABATAN UKUR

FRONT IMAGE KHATAM.jpg

Antara kakitangan yang mengikuti Acara Khatam Al-Quran

22 Jun 2017, Khamis, Bandar Seri Begawan – Seperti tahun-tahun yang lalu, Jabatan Ukur telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak Yatim pada setiap bulan Ramadhan. Pada tahun ini, majlis berkenaan dikelolakan oleh Bahagian Perundangan Kadaster (PKD).


jua khatam.jpgpjua khatam.jpg

wanita khatam1.jpgwanita khatam2.jpg

(Gambar Kiri atas) Tetamu Kehormat Majlis, Pemangku Juruukur Agung bersama Pemangku Timbalan Juruukur Agung (kiri) dan Pengerusi Majlis, Awang Abd Aziz bin DP Hj Abdullah (kanan)

(Gambar Kanan atas) Pemangku Penolong Juruukur Agung (GEO) bersama Pemangku Juruukur Kanan Maklumat Kadaster (kiri) dan Pemangku Juruukur Kanan GeoSpatial Teknologi & Pentadbiran (kanan)

(Gambar bawah) Antara jemputan perempuan yang hadir ke Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Pemangku Juruukur Agung, Awang Hj Ali Bakar bin Hj Kasim. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Pemangku Timbalan Juruukur Agung, Awang Arefin bin Hj Jaya, Pemangku Penolong Juruukur Agung, Pg Hjh Hasnaliati binti PSJ PHA Momin, Ketua-ketua Bahagian, para pegawai kanan dan kakitangan Jabatan.

jemaah khatam.jpgjukpkd khatam.jpg

Gambar kiri: Sebahagian daripada pegawai-pegawai yang menunaikan sembahyang Fardhu Zohor secara berjemaah

Gambar kanan: Pemangku Juruukur Agung bersama pegawai dan kakitangan ketika acara Khatam Al-Quran.

Acara dimulakan dengan sembahyang Fardhu Zohor secara berjemaah para pegawai dan kakitangan Jabatan yang diimamkan oleh Awang Hassanal Sha'ari bin Hj Mohamad dan diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim yang disempurnakan oleh Pemangku Juruukur Agung , Awang Hj Ali Bakar bin Hj Kasim.

derma lelaki.jpgderma wanita.jpg

Pemangku Juruukur Agung semasa menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim dan kupon kepada salah seorang ahli BAUKUR

Acara terakhir ialah Penyampaian Kupon Ahli BAUKUR dan Kupon Cabutan Bertuah yang turut disampaikan oleh Pemangku Juruukur Agung.

 


Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments