Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Muzakarah Pemangku Juruukur Agung bersama Jabatan Ukur Cawangan Daerah Belait

​​​​Oleh: Jabatan Ukur | Foto: Jabatan Ukur | Selasa, 19 April 2016

Muzakarah Belait1.jpgMuzakarah Belait4.jpg

​​Sesi bergambar ramai Pemangku Juruukur Agung bersama Pegawai dan Kakitangan Jabatan Ukur Cawangan Daerah Belait​ bagi sesi muzakarah Pemangku Juruukur Agung ke Jabatan Ukur Cawangan Daerah Belait.   

12 April 2016 – Sesi Muzakarah Pemangku Juruukur Agung bersama Pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur Cawangan Daerah Belait telah diadakan di Dewan Bandaran.  Pemangku Juruukur Agung dan rombongan yang terdiri dari Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Ukur tiba di daerah Belait pada pukul  9.30 pagi.  

Tujuan Muzakarah ini ialah meninjau pencapaian cawangan Ukur daerah Belait, mengadakan perbincangan masalah atau isu-isu yang berhubunkait dengan tugas, hasil Jabatan dan juga kesejahteraan kakitangan disamping mengeratkan silaturrahmi diantara Pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al Fatihah dan Doa yang diketuai oleh Ak Mohd Nur Syafiq bin Pg Hj Besar dan diikuti dengan Jamuan.  Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan laporan pencapaian yang disampaikan oleh Awg Hj Mohd Shahrir bin Hj Md Saud, Pemangku Juruukur Daerah Belait.  Seterusnya diikuti dengan Sesi soal Jawab dan Ucapan daripada Pemangku Juruukur Agung. 

Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar ramai bersama Pemangku Juruukur Agung dan juga lawatan ke beberapa tempat iaitu :

  • Bangunan Hainan KB dan Helipad (Cadangan Tempat Melihat Anak Bulan)
  • Pejabat Ukur Belait​
  • Bengkel Ukur Belait
  • Tempat melihat Anak Bulan di Bukit Lumut
  • Kg Tanajor Labi.
Muzakarah Belait2.jpgMuzakarah Belait3.jpgMuzakarah Belait5.jpg

Sumber: Bahagian Pengurusan Aset & Kualiti (PKA)
Attachments