Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Muzakarah Pemangku Juruukur Agung bersama Jabatan Ukur Cawangan Daerah Tutong

Muzakarah Tutong1.jpgMuzakarah Tutong5.jpg

Sesi bergambar ramai bersama Pemangku Juruukur Agung dan Pegawai dan Kakitangan Jabatan Ukur Cawangan Daerah Tutong bagi sesi muzakarah ke Jabatan Ukur Cawangan Tutong.

Oleh: Jabatan Ukur | Foto: Jabatan Ukur | Selasa, 19 April 2016

14 April 2016 – Sesi Muzakarah Pemangku Juruukur Agung bersama Pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur Cawangan Daerah Tutong telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Jabatan Ukur cawangan Daerah Tutong.  Pemangku Juruukur Agung dan rombongan yang terdiri dari Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Ukur tiba di daerah Tutong sebelah pagi.  

Tujuan Muzakarah ini ialah meninjau pencapaian cawangan Ukur daerah Tutong, mengadakan perbincangan masalah atau isu-isu yang berhubunkait dengan tugas, hasil Jabatan dan juga kesejahteraan kakitangan disamping mengeratkan silaturrahim diantara Pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al Fatihah yang diketuai oleh Awg Kamarul Zaman bin Hj Md Zain dan diikuti dengan Jamuan.  Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan laporan pencapaian yang disampaikan oleh Hjh Aierna binti Hj Bakar, Juruukur Daerah Tutong.  Seterusnya diikuti Ucapan daripada Pemangku Juruukur Agung dan Timbalan Juruukur Agung dan Sesi soal Jawab.  Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan diikuti dengan jamuan.

Acara diteruskan lagi dengan lawatan ke Ibu Pejabat Ukur dan sesi bergambar ramai.  Sebelum berangkat balik rombongan melawat tempat meliat anak bulan di Bukit Amboq

Muzakarah Tutong2.jpgMuzakarah Tutong.jpgMuzakarah Tutong3.jpg

Sumber: Bahagian Pengurusan Kualiti & Aset (PKA)

Attachments