Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pameran Pengajian Tinggi dan Kerjaya 2016

Pameran Pengajian Tinggi dan Kerjaya 2016

kerjaya1.jpgkerjaya2.jpgkerjaya3.jpg

14 April 2016 –  Jabatan Ukur telah dijemput untuk menyertai Pameran Kerjaya anjuran Unit Pengajian Tinggi Maktab Duli di Dewan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong.    Pameran selama 1 hari tersebut telah di rasmikan oleh Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor,  Penolong Pengarah dan Ketua Unit Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan yang juga selaku Tetamu Kehormat.

Pameran itu disertai oleh seramai 27 buah agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sektor swasta termasuk Jabatan Ukur, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Brunei, Brunei Gas Carrier, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB).

Tujuan Pameran adalah salah satu kaedah untuk mengetengahkan pilihan kepada para pelajar terutama kepada pelajar-pelajar Pra-U untuk meneruskan pengajian atau menceburi kerjaya yang mencabar disediakan selepas mereka menamatkan pengajian.

kerjaya4.jpgkerjaya5.jpgkerjaya6.jpg


Attachments