Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Muzakarah Pemangku Juruukur Agung bersama Jabatan Ukur Cawangan Daerah Temburong

Muzakarah Temburong3.jpg

Salah seorang dari kakitangan Jabatan Ukur Cawangan Daerah Temburong memberi penerangan kepada Pemangku Juruukur Agung (kiri) ketika sesi muzakarah ke cawangan daerah tersebut. 

Oleh: Jabatan Ukur | Foto: Jabatan Ukur | Selasa, 12 April 2016

9 April 2016 – Sesi Muzakarah Pemangku Juruukur Agung bersama Pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur Cawangan Daerah Temburong telah diadakan di Bengkel Jabatan Ukur, Temburong Pemangku Juruukur Agung dan rombongan yang terdiri dari Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Ukur tiba di daerah temburong pada pukul 9.30 pagi.  

Tujuan Muzakarah ini ialah meninjau pencapaian cawangan Ukur daerah, Temburong, perbincangan masalah atau isu-isu yang relevan di samping mengeratkan silaturrahim di antara Pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al Fatihah dan Doa dan diikut dengan Ucapan alu-aluan dan laporan pencapaian yang disampaikan oleh Dyg Norhazemah binti Kalong, Juruukur Daerah Temburong.  Seterusnya diikuti dengan Ucapan daripada Pemangku Juruukur Agung dan sesi soal jawab.  Acara diteruskan dengan Lawatan ke CORS di Labu dan juga ke Pejabat Jabatan Ukur. 

Muzakarah Temburong1.jpgMuzakarah Temburong2.jpgMuzakarah Temburong4.jpgMuzakarah Temburong5.jpg


Sumber: Bahagian Pengurusan Aset & Kualiti (PKA) 

Attachments