Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKerjaya dalam bidang Geomatik

​​​Apakah itu Geomatik?


Geomatik adalah profesion yang berkait rapat dengan bidang sains pengukuran dan pengurusan maklumat spatial


Geomatik berkait rapat dengan ​pengukuran, perolehan, pemperolehan dan pempaparan ​data spatial ​fizikal Bumi dan alam bina​


Antara disiplin-disiplin utama yang dirangkumi Geomatik adalah sains pemetaan, sistem pentadbiran tanah, visu​alisasi alam sekitar, geodesi, fotogrammetri, remote sensing dan pengukuran.​

​​

TERMA GEOMATIK​

  • Computerized Mapping / GIS

  • Satellite remote sensing for environment monitoring

  • Precise satellite positioning and navigations for offshore oil exploration

  • Land Development and computer based land information systems

  • Cadastral Surveying / Geodetic Surveying / Hydrographic Surveying

  • Land administration and Land management

  • Utility management through geographic information system

  • Precise surveying for engineering construction

  • Natural resources mapping and management

  • Environmental planning

  • Industrial measurement using machine and robot vision system

  • Astronomy - Islamic Astronomy (Falak Syarie)

  • Mapping - Cartography

  • Remote Sensing


SYARAT KEMASUKAN


Kelayakan

  • Diploma
  • Diploma Tertinggi
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana

Geomatik adalah sains gunaan dan disiplin profesional yang mana ianya memfokuskan kepada pendekatan bersepadu di dalam pengukuran, analisis, pengurusan dan pempaparan data spatial.

Dengan adanya penggunaan satelit, laser dan teknologi maklumat terkini, ahli profesional geomatik terlibat dalam perancangan, pelaksanaan dan pengurusan aktiviti yang berkaitan dengan kejuruteraan tanah dan pengukuran, sistem maklumat, pembangunan tanah dan perancangan, reformasi tanah, un​​dang-undang dan perdagangan.

Ahli geomatik menggunakan kemajuan teknologi dan telah berkembang ke bidang yang lebih khusus dan juga penyelidikan.   

PELUANG KERJAYA

Secara tradisinya, kebanyakkan para graduan bidang Geomatik bekerja di industri pengukuran, tetapi semakin ramai yang memilik kerjaya di sektor GeoInformatics sebagai computer programmers dan pakar GIS. 

Pada masa kini, para graduan geomatik bekerja di dalam pelbagai bidang; kebanyakannya berkaitan dengan teknologi spatial dan maklumat. Selain itu, pengetahuan dan kemahiran dalam matematik, sains komputer, sistem maklumat, ukur, statistik, undang-undang dan perancangan juga telah memberikan pilihan kerjaya yang lebih luas.

Peluang kerjaya juga terdapat di sektor swasta, industri aerial survey, industri penyelidikan luar pesisir, dan agensi kerajaan. 

Syarikat dan Firma

  • Jabatan Ukur
  • Jabatan Tanah
  • Jabatan Kerja Raya
  • Brunei Shell Petroleum
  • Jabatan Perhutanan
  • Firma Pengukuran
  • Firma ICT / GIS 
  • Pensyarah Universiti
  • Firma Pengurusan
  • Firma Alam Sekitar

ALAMAT PERHUBUNGAN 


Bahagian Pengurusan Kualiti dan Aset

Tingkat 2, Jabatan Ukur

Kementerian Pembangunan

Bandar Seri Begawan, BB3510


Tel: +673 2381784, +673 2381785, +6732381937, +673 2381939, +673 2381940,

+673 2381943, +673 2380172, +673 2381175, +673 2383173, +673 2383174