KUNJUNGAN HORMAT

SYARIKAT  PERUNDING DARI NEGARA JEPUN

 

 

   

 
 

Satu rombongan seramai 6 orang daripada syarikat perunding yang terkemuka dari Negara Jepun petang tadi membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein.

Rombongan terdiri dari mereka daripada Syarikat Perunding Japan Transport Cooperation Association (JTCA) dan PADECO.  Ianya diketuai oleh Mr. Hitoshi Satoh, Pengarah Urusan, Jabatan Penyelidikan, JTCA.  Turut bersama dalam rombongan tersebut ialah Sekretari Kedua dari Kedutaan Jepun, Mr. Hiroshi Okouchi.

Sebelum ini, rombongan tersebut telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Perhubungan bagi mendapatkan maklumat-maklumat mengenai keadaan jalanraya dan pengangkutan di Negara ini.

Hadir bersama dimajlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail.