MAJLIS BERTAHLIL DAN MEMBACA SURAH YASIN

DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

 

   

 
       
 

Seperti lazimnya warga Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Bertahlil bertempat di surau Kementerian tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bertahlil beramai-ramai diketuai oleh Pegawai Alam Sekitar, Dr. Haji Muhammad Majdi bin Pehin Datu Seri Maharaja  Dato Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional) dan Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan).  Juga dijemput ke majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya.

 
 

Majlis Membaca Surah Yasin dan Bertahlil yang lazimnya diadakan di Kementerian Pembangunan setiap hari Khamis, kali ini diselajurkan dengan doa selamat bagi  Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan, sempena menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran beliau.