|
MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN BERTAHLIL DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN |
|||
|
|
|||
|
Seperti lazimnya, pagi tadi majlis membaca Surah Yasin dan Bertahlil di adakan di Surau Kementerian Pembangunan. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bertahlil beramai-ramai diketuai oleh Dr. Haji Muhammad Majdi bin Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Abdul Aziz, Pegawai Alam Sekitar. Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan dan Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan). Juga dijemput ke majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Tanah dan Pegawai-Pegawai dari Jabatan tersebut. |
|||
|
|
|
||
|
|
|||