MAJLIS BERTAHLIL DAN MEMBACA SURAH YASIN

DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

 

 

   

 
 

Pagi tadi Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Tahlil dan Membaca Yasin bertempat di surau Kementerian tersebut.

Dr. Haji Muhammad Majdi bin PDSM DSS Haji Abdul Aziz, Pegawai Alam Sekitar mengetuai bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bertahlil beramai-ramai.

Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Dr Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien, Pemangku Menteri Pembangunan, Ketua-Ketua Unit, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan juga Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Tanah.