|
MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN BERTAHLIL DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN |
||
|
|
||
|
Majlis membaca Surah Yasin dan Bertahlil di adakan pagi tadi di Surau Kementerian Pembangunan. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bertahlil beramai-ramai diketuai oleh Dr. Haji Muhammad Majdi bin Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Abdul Aziz, Pegawai Alam Sekitar. Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, , Menteri Pembangunan dan Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan. Juga dijemput ke majlis tersebut ialah Juruukur Agung, Jabatan Ukur dan Pegawai-Pegawai dari Jabatan tersebut. |
||